Untuk terus memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri telefon, Sony Mobile hari ini mengumumkan telefon pintar kalis air terbaru mereka Xperia ZR. Walaupun bentuk peranti ini serupa dengan Xperia Z, namun memiliki daya tahan yang lebih tinggi.

Xperia ZR dilaporkan mampu bertahan didalam air pada kedalaman 1.5 meter untuk mengambil gambar mahupun video definisi tinggi. Memiliki skrin sebesar 4.6inci dengan paparan Reality Display dan Mobile BRAVIA Engine 2, teknologi yang diguna pada paparan TV Bravia Sony.
Selain kalis air, salah satu ciri menarik yang dibawakan oleh peranti ini ialah fungsi Stamina Mode. Dengan fungsi ini, daya tahan bateri meningkat sehingga empat kali ganda. Xperia ZR diperkuasa cip pemprosesan empat-teras Qualcomm SnapDragon S4 Pro dengan RAM 2GB.

Kami masih belum mendapat maklumat bilakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia serta berapakah harga peranti ini. Namun, pihak Sony mengumumkan Xperia ZR akan mula dijual pada suku kedua 2013 dan ianya ditawarkan dengan empat pilihan warna hitam, putih, merah jambu dan juga mint.
BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS
